fbpx

Pesan ayah jadi azimat Nik Akif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nik Akif Syahiran kelihatan sebak sewaktu ditemui pemberita di KLIA sebentar tadi. - Foto oleh FAM

SEPANG – Tonggak skuad bawah 22 (B-22) negara, Nik Akif Syahiran mengakui masih sebak selepas kehilangan ayah tersayang, Nik Mat Yusof yang meninggal dunia akibat kemalangan di Kubang Kerian, Kelantan semalam.

Kata Nik Akif, semangat serta pesan ayah yang sentiasa mendorong kariernya sebagai pemain bola sepak profesional bakal dijadikan sebagai azimat untuk membantu skuad B-22 yang bakal mengharungi kempen kelayakan Piala Asia B-23 di Ulaanbatar, Mongolia minggu depan.

“Saya harap ayah tenang di sana. Ayah sememangnya berhasrat untuk melihat saya berjaya di bidang yang diceburi dan saya harap dapat merealisasikan impian tersebut dalam usaha membantu pasukan tampil cemerlang di Mongolia nanti.

“Apa yang saya lakukan bukan sahaja untuk arwah ayah saya, malah buat keluarga saya,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebentar tadi.

Skuad muda Harimau Malaya kendalian Brad Maloney telah berlepas ke Mongolia malam ini dan dijangka tiba di Ulaanbatar tengah hari esok kerana perlu transit di Seoul, Korea Selatan terlebih dahulu.

Skuad negara dijadualkan menentang Laos pada 25 Oktober, Mongolia (28 Oktober) dan perlawanan terakhir berdepan Thailand (31 Oktober) bagi merebut slot automatik pada kejohanan Piala Asia B-23 2022 di Uzbekistan tahun depan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN