fbpx

Peminat minta Yuna makan lebih banyak, hidup sihat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YUNA

MESKIPUN merupakan anggota yang paling tinggi dalam kumpulannya, namun penyanyi Yuna mendedahkan bahawa berat badannya tidak seiring dengan ketinggian dimilikinya.

Baru-baru ini menerusi platform Bubble, Yuna berkongsi tentang berat badan sebenarnya kepada peminat.

Ketika ini berat badan anggota kumpulan ITZY itu adalah 46.8 kilogram (kg) dengan ketinggian 170 sentimeter.

Sejak memulakan debut, penyanyi itu terkenal dengan bentuk badan langsing dan ukuran pinggang yang kecil.

Selepas mendedahkan berat badannya, rata-rata peminat meluahkan rasa terkejut kerana Yuna disifatkan sangat kurus.

“Kurusnya. Tolong makan banyak dan saya harap awak sihat,” tulis seorang peminat.

Bagaimanapun, terdapat segelintir peminat yang mempertahankan Yuna dengan mengatakan, imej sebegitu adalah pilihannya sendiri asalkan penyanyi itu bahagia dengan kehidupannya.
“Kalau dia bahagia dan sihat, peduli apa. Dia tak adalah nampak kurus sangat. Boleh saja dia naikkan berat badan dan kekal cantik, jadi biarkanlah dia,” kata seorang lagi netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI