fbpx

Pasangan bercerai masih boleh tinggal sebumbung – Peguam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Pasangan suami isteri yang sudah bercerai sama ada talak satu atau talak dua masih boleh tinggal sebumbung walaupun mahkamah telah mengesahkan penceraian tersebut.

Peguam Syarie dan Konsultan Perundangan Islam, Fahmi Ramli berkata, bagaimanapun tempoh tersebut hanya dibenarkan sehingga isteri tamat tempoh iddahnya.

Kata Fahmi, walaupun dibenarkan tinggal sebumbung tetapi pasangan yang telah bercerai itu perlu tinggal di bilik yang berasingan.

“Walaupun sudah bercerai dan telah disahkan oleh mahkamah penceraian itu, tetapi pasangan tersebut masih mempunyai iddah raj’i kerana mereka masih berpeluang untuk rujuk kembali.

“Tetapi, sebaiknya pasangan yang telah bercerai ini tinggal berasingan dahulu sementara walaupun mereka berniat untuk rujuk semula bagi mengelakkan fitnah,” katanya dalam satu perkongsian di laman Facebooknya semalam.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, berbeza pula dengan pasangan yang bercerai melalui ‘talak bain surgha’ seperti secara fasakh atau tebus talak.

“Bagi situasi penceraian ini, walaupun masih mempunyai iddah, tetapi mereka tidak boleh tinggal sebumbung kerana mereka tidak boleh rujuk semula serta tidak terikat dengan iddah raj’i,” kata Fahmi.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI