fbpx

Lima terselamat kereta terjunam dalam parit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta dinaiki mangsa di dalam longkang sedalam hampir satu meter

KLANG – Lima termasuk empat wanita warga Indonesia terselamat selepas kenderaan dinaiki terbabas ke dalam longkang sedalam hampir satu meter di hadapan sebuah hospital swasta di Persiaran Rajawali, Bandar Baru Klang malam tadi.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, enam anggota termasuk pegawai dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 7.51 malam.

Katanya, berdasarkan maklumat awal mendapati kesemua mangsa berusia 40an menaiki kereta jenis Perodua Axia dipandu lelaki tempatan.

“Tiga wanita berjaya menyelamatkan diri dan beredar dari lokasi kejadian sebelum bomba tiba kira-kira 13 minit kemudian.

“Dua lagi individu iaitu pemandu dan seorang penumpang berada dalam keadaan separa sedar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Norazam, kedua-dua mangsa telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini menggunakan ambulans dan kenderaan orang awam. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN