fbpx
MUSTAPA ketika berucap merasmikan Persidangan Statistik Malaysia Kelapan (MyStats) 2021 dan Hari Statistik Sedunia hari ini. – FOTO: IHSAN DOSM

Laporan statistik perlu pantas, relevan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Komuniti statistik tempatan perlu melengkapkan diri dengan perkembangan semasa bidang perangkaan sejagat yang semakin pantas berubah sejajar peredaran zaman.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ahli statistik turut harus cakna isu perubahan terkini bagi memenuhi jangkaan tinggi masyarakat.

Beliau berkata, kemunculan wabak Covid-19 pada awal tahun lepas mengubah bidang perangkaan apabila data disiarkan pantas secara berkala setiap minggu.

“Kita wajar dapat isi jangkaan sebegini kerana penyebaran cepat data granular atau terperinci dan telus amat dikehendaki warga Malaysia yang semakin prihatin isu statistik.

“Pandemik Covid-19 telah melonjakkan kepentingan statistik. Rakyat mahu ada laporan terbaharu terutama kes pengangguran dan inflasi kerana bagi mereka, statistik tidak menipu,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Statistik Malaysia Kelapan (MyStats) 2021 bersempena sambutan Hari Statistik Sedunia secara maya di sini hari ini.

Hari Statistik Sedunia yang diwujudkan oleh Suruhanjaya Perangkaan Pertubuhan Bangsa Bersatu mula diraikan sejak 2010 lalu dan ketika ini turut disambut sejumlah 103 buah negara. – K! ONLINE

POPULAR