fbpx

Jualan Harimau Cubeba cecah 100,000 kotak sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kamal menunjukkan produk minuman terbaharu keluaran syarikat, Harimau Cubeba di pejabatnya baru-baru ini.

PETALING JAYA – Superbest Power Health Food & Beverages Sdn. Bhd. (Superbest Power) mengunjurkan jualan produk minuman terbaharunya, kopi segera pracampur herba, Harimau Cubeba mencecah kepada 100,000 kotak sebulan menje­lang tahun depan.

Produk kopi yang menggunakan 100 peratus herba tulen khususnya lada ekor itu bakal menarik minat peminat kopi untuk mencubanya.

Lada ekor atau nama saintifiknya, beri kemukus adalah herba yang mempunyai nilai khasiat tinggi dalam rawatan kesihatan. Ia terdiri daripada buah biji kering yang belum masak dari pokok kemukus menjalar yang biasanya tumbuh di hutan hujan Indonesia.

Pengarah Urusan Superbest Power, Kamal Mohd. Nor ber­kata, selain lada ekor, produk minuman tersebut menawarkan khasiat daripada akar seruntun, madu, tongkat ali, dan ginseng serta vitamin B komplek.

“Produk ini telah mendapat perakuan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia serta dihasilkan di kilang kami sendiri yang mempunyai tahap piawaian kualiti tinggi.

“Maklum balas positif dite­rima daripada pelanggan sungguh meyakinkan,” jelasnya.

Superbest Power yang ­berada di pasaran sejak 2007 ketika ini memiliki 11 rang­kaian produk dengan mencatat jualan keseluruhan melebihi 800,000 unit sebulan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI