fbpx

IG live mereka buat diri saya dikecam netizen – Siti Nordiana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Nordiana ketika hadir di Mahkamah Sesyen Sivil sebelum ini. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Penyanyi Siti Nordiana Alias memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa siaran langsung (live) Instagram yang dibuat lima individu termasuk Lan Solo dan Syura yang didakwa memfitnah dirinya telah membuatkan dirinya telah dikecam netizen.

Siti Nordiana atau Nana, 37, berkata antara kecaman yang diterima ialah dia didakwa seorang bermuka-muka dan mempunyai perangai yang tidak baik.

“Di situ (live IG) terdapat komen-komen daripada netizen yang mengatakan “tak sangka nana begitu, teruknya perangai nana dan kasihan pada fans (peminat) dia”, katanya.

Siti Nordiana berkata demikian ketika menjawab soalan balas peguam Azlan Abdul Razak mengenai kata-kata salah seorang defendan pada siaran langsung Instagram tersebut.

Azlan merupakan peguam yang mewakili Lan Solo atau nama sebenarnya Mohd. Razlan Mohamed Yusof, isterinya Nur Sheila Hassim dan Zuraidah Badron atau Syura.

Hari ini merupakan hari pertama bicara kes saman fitnah itu di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Sivil Zulqarnain Hassan.

Sementara itu ketika memberi jawapan berhubung isu wang yang dibangkitkan, Siti Nordiana mengatakan ia menggambarkan dia seorang yang berkira soal wang dan makan selain dirinya seorang artis yang bermoral rendah.

“Kalau orang lain baca dan percaya mereka akan anggap saya begitu…. padahal saya tidak begitu,” katanya.

Tambahnya, dirinya juga sering disindir di siaran langsung di Instagram tersebut sehingga peminat mula menyedari perkara itu dan mempercayai kata-kata fitnah yang dilemparkan terhadapnya.

Namun dalam keterangannya Siti Nordiana mengesahkan pada mahkamah bahawa dia tidak menonton siaran langsung Instagram berkenaan sebaliknya hanya melihat rakaman yang dimuat naik seorang YouTuber dalam laman YouTube.

Prosiding perbicaraan bersambung lagi pada 19 November ini.

Dalam prosiding hari ini, dua lagi peguam Abu Hurairah dan Nurul Hafidzah Hassan yang mewakili dua lagi defendan iaitu Sam Musyadzafar Samin dan Razidah Ahmad.

Peguam Abang Azlan Abang Ariffin dan Ahmad Syaifulbakri Mohamed  mewakili Siti Nordiana.

Pada 3 Ogos lalu Kosmo! melaporkan pertelingkahan penyanyi Siti Nordiana bersama lima sekawan termasuk Lan Solo dan Syura Badron kini memasuki episod baharu apabila selebrti tersebut menfailkan saman berjumlah RM2.5 juta.

 

Syura (kiri) dan isteri Lan Solo (Nur Shiela) depan turut hadir di Mahkamah Sesyen Sivil di sini hari ini.

 

Siti Nordiana, 37, atau Nana memfailkan saman itu menerusi menerusi Tetuan Abang Azlan & Associates pada 30 Julai lalu di Mahkamah Sesyen Sivil di sini, dengan menamakan Lan Solo, 36, isterinya Nur Sheila dan Syura, 35, masing-masing sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Dua lagi defendan iaitu keempat dan kelima ialah Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Rakaman FMC Music, Sam Musyadzafar, 43, dan jurusolek artis bebas, Razidah, 42.

Dalam saman tersebut, Siti Nordiana telah menuntut penerbitan permohonan maaf menerusi siaran akhbar, Instagram dan Facebook live serta RM500,000 daripada setiap defendan.

Writ saman yang dihantar secara emel itu, beberapa perkara telah dinyatakan iaitu permohonan maaf secara terbuka dalam media sosial dan terbitan akhbar serta tuntutan amaun ganti rugi RM500,000 daripada setiap defendan yang secara keseluruhannya berjumlah RM2.5 juta.

Selain itu, terdapat juga tiga lagi tuntutan iaitu ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan ganti rugi khas yang akan dinilai serta ditentukan oleh pihak mahkamah. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI