fbpx

Lelaki maut terkena renjatan elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki maut terkena renjatan elektrik di Bandar Baru Mergong, hari ini.

ALOR SETAR – Seorang lelaki maut selepas terkena renjatan elektrik ketika melakukan kerja-kerja pendawaian di sebuah premis di Jalan Perusahaan 9, Bandar Baru Mergong di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd. Zain berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan khidmat khas pada pukul 4.09 petang tadi.

“Sebaik tiba di lokasi, seorang lelaki dikenali sebagai Ooi Cheng Siong, 59, berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di premis tersebut.

“Mangsa yang juga seorang kontraktor ke premis berkenaan untuk melakukan tugas pendawaian elektrik,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kata beliau, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) di tempat kejadian.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI