fbpx

Kes baharu bawah 6,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kes baharu Covid-19.

PUTRAJAYA – Kes harian negara kekal di bawah angka 6,000 untuk dua hari berturut-turut dengan 5,745 kes, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 2,401,866 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kadar positif jangkitan pada hari ini adalah sebanyak 3.77 peratus.

Menurutnya, kesedaran orang ramai amat penting untuk dapatkan vaksin, patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) dan menjalankan ujian RTK-Ag berkala.

“Maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman CovidNow di https://covidnow.moh.gov.my.

“Data setiap hari bagi laman CovidNow adalah dikemas kini sekali gus selepas tengah malam,” ujarnya dalam ciapan Twitter beliau di sini hari ini. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI