fbpx

Haily bakal bangunkan projek kediaman RM24.5 juta di Plentong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Haily Group Berhad (Haily) melalui anak syarikat milik penuhnya,  Haily Construction Sdn. Bhd. telah menerima surat anugerah daripada Meridin East Sdn. Bhd. (Meridin East) bagi membangunkan projek kediaman teres bernilai RM24.5 juta di Plentong, Johor Bahru.

Menurut makluman kepada Bursa Malaysia, projek tersebut bakal melibatkan pembinaan sebanyak 155 unit rumah teres dua tingkat, sebuah unit ruang tunggal sub stesen Tenaga Nasional Berhad (TNB), dua unit dua ruang sub stesen TNB dan satu unit stesen suis utama.

Mengulas mengenai projek berkenaan, Pengarah Eksekutif Haily, See Tin Hai berkata, projek tersebut bakal melibatkan tempoh pembinaan selama 15 bulan.

“Kemampuan Kumpulan secara konsisten memenangi kontrak baharu membuktikan keupayaan dan kewibawaan menyiapkan kerja pembinaan berkualiti dan penyampaian projek.

“Walaupun tahun lepas amat mencabar untuk industri pembinaan, namun Haily yakin terhadap pertumbuhannya pada masa depan. 

“Projek dalam tangan ketika ini cukup untuk membuatkan kami sibuk bagi beberapa tahun akan datang, tetapi kami akan terus maju ke depan dengan strategi untuk berkembang dan menguasai trend perkembangan di dalam sektor kediaman dan bukan kediaman di daerah lain di Johor,” katanya dalam kenyataan.

Sehingga kini, Haily memiliki 19 projek pembinaan bangunan yang sedang berjalan begitu juga dua projek kejuruteraan awam berkaitan projek pembinaan.

Jumlah nilai kontrak yang diperolehi bagi projek-projek ini dianggarkan RM477.74 juta.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI