fbpx

Gajah sesat masuk Kampung Pengkalan Atap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gajah betina yang ditenangkan dengan peluru pelali oleh anggota Perhilitan selepas tersesat masuk ke Kampung Pengkalan Atap, Batu Rakit, Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Penduduk Kampung Pengkalan Atap, Batu Rakit di sini gempar dengan seekor gajah yang tersesat memasuki perkampungan itu hari ini.

Seorang penduduk, Muhammad Hisyam Johari, 28, berkata, gajah betina tersebut dikesan berkeliaran di perkampungan tersebut pada pukul 6.30 pagi.

“Beberapa penduduk kampung terkejut apabila menemui beberapa tapak kaki dan najis haiwan liar berkenaan berhampiran pekarangan rumah mereka.

“Kami terkejut kerana ini kali pertama gajah tersesat masuk, lagi pun perkampungan kami berhampiran dengan pantai dan tidak mempunyai kawasan hutan yang tebal,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Kampung Pengkalan Atap di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Loo Kean Seong berkata, gajah betina berusia 10 tahun tersebut telah dijejak pihaknya sejak Sabtu lalu.

Beliau berkata, sebelum ini, Jabatan Perhilitan negeri telah menerima laporan gajah ini telah terpisah daripada kumpulan sebelum tersesat di kawasan hutan di Sungai Tarom, Setiu.

“Kita cuba menghalaunya masuk semula ke habitat asal tetapi haiwan liar tersebut telah tersasar sejauh kira-kira 40 kilometer ke Kampung Pengkalan Atap ini.

“Haiwan itu telah ditenangkan dengan menggunakan peluru pelali dan kita sedang menunggu kedatangan gajah denak bagi membantu pemindahannya pada terdekat,” katanya.

Kean Seong juga meminta orang ramai agar tidak menghampiri atau tidak menjadi lokasi penemuan gajah tersebut sebagai ‘pesta’ kerana haiwan liar tersebut didapati dalam keadaan tertekan dan berpotensi unuk ‘naik minyak’ pada bila-bila masa.

“Kita telah tutup akses masuk ke kawasan belukar itu dengan pita keselamatan selain anggota Perhilitan juga ditempatkan selama 24 jam sebelum pemindahan gajah dapat dilakukan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN