fbpx

Batal niat bunuh diri sebab tidak tahan sejuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN keselamatan membantu lelaki yang dipercayai cuba membunuh diri dengan mengikat badannya pada sebatang pokok di Bukit Headwood di Sungai Siput hari ini.-IHSAN JBPM Perak

SUNGAI SIPUT – Seorang lelaki yang mengikat dirinya pada sebatang pokok terpaksa membatalkan niat membunuh diri kerana tidak mampu menahan sejuk dalam kejadian di Bukit Headwood di sini hari ini.

Lelaki berusia lingkungan 40an disyaki mengalami kemurungan itu dipercayai terikat pada pokok berkenaan sejak pukul 9 malam.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintenden Mohd. Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, pihaknya dimaklumkan kejadian itu oleh seorang penduduk yang mendengar jeritan lelaki terbabit pada pukul 7.45 pagi.

Katanya, pemeriksaan di lokasi menemukan seorang lelaki dalam keadaan terikat kaki dan tangan dengan rantai pada sebatang pokok.

“Siasatan mendapati lelaki itu mengikat dirinya sendiri sebelum mencampak anak kunci. Dia dipercayai melakukannya sejak pukul 9 malam.

“Ketika ditemui, lelaki terbabit dalam keadaan lesu, namun tiada sebarang kecederaan lain pada tubuhnya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut beliau, pihak bomba telah dihubungi bagi membantu membuka rantai tersebut dan lelaki dalam keadaan lemah itu dihantar ke Hospital Sungai Siput untuk rawatan lanjut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI