fbpx

15 kluster baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Sebanyak 15 kluster baharu dilaporkan di Johor, Selangor, Kelantan, Sarawak, Kuala Lumpur, Perak, Negeri Sembilan dan Melaka menjadi antara penyumbang kepada 5,434 kes harian negara hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, terdapat sembilan kluster tempat kerja, masing-masing dua kluster komuniti dan kluster pendidikan lain serta masing-masing satu kluster keagamaan dan kluster kumpulan berisiko tinggi.

Menurutnya, daripada 5,434 kes harian negara yang dilaporkan, lima daripadanya kes import serta kes kumulatif positif Covid-19 pula sebanyak 2,396,121 kes.

“Sebanyak 151 kes (2.8 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima serta 5,283 kes (97.2 peratus) kategori satu dan dua.

“Kes sembuh merekodkan 8,435 kes kekal melepasi kes harian, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 2,278,955 kes,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Tambah beliau, sebanyak 682 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 357 kes memerlukan bantuan pernafasan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI