fbpx

Maut balik rumah langgar penghadang jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit

SHAH ALAM – Perjalanan dua rakan pulang ke rumah berakhir tragedi apabila seorang daripadanya maut selepas kenderaan dinaiki hilang kawalan sebelum melanggar penghadang jalan di Sungai Buloh berhampiran Plaza Tol Bukit Jelutong, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.20 pagi itu mangsa dikenali Muhammad Daniel Aifiq, 22, yang cedera parah tersepit dalam kenderaan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa dan rakan wanita berusia 20 tahun menaiki kereta jenis Honda Civic dalam perjalanan pulang ke rumah dari rumah rakan di Kampung Melayu Subang.

“Mangsa yang memandu kereta itu sedang menghantar rakan wanitanya dahulu dipercayai telah hilang kawalan lalu melanggar penghadang jalan di sebelah kiri jalan.

“Pelanggaran itu menyebabkan kereta itu berpusing menghadap arah bertentangan dengan mangsa tersepit di dalam kenderaan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata beliau, mangsa telah berjaya dikeluarkan pihak bomba serta disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Baharudin menambah, rakan wanitanya pula telah dihantar ke Hospital Shah Alam untuk rawatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Muhammad Hanif Sukri di talian 0148066744,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI