fbpx

Marikh sama seperti Bumi ketika zaman purba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Imej gambaran NASA memaparkan keadaan planet Marikh yang dipercayai mempunyai lautan cetek ketika ia mula wujud. - NASA

WASHINGTON – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mengeluarkan sebuah video yang menjelaskan mengenai faktor-faktor yang menyebabkan agensi itu percaya bahawa planet Marikh ketika zaman purba adalah sama seperti Bumi, lapor akhbar The Sun semalam.

Saintisnya, Dr. Becky McCauley Rench berkata, mereka berpendapat bahawa planet Marikh adalah lebih ‘lembap dan hangat’ ketika ia mula wujud.

“Ketika sistem solar wujud sekitar lebih empat bilion tahun dahulu, Marikh dan Bumi terhasil daripada bahan yang sama, sekali gus menyebabkan kedua-dua planet ini kelihatan sama.

“Bagaimanapun, pada hari ini jika kita melihat ke arah Marikh, ia kelihatan seperti sebuah planet yang kering berbanding dengan Bumi yang mempunyai warna biru.

“Kami percaya Marikh mempunyai lautan utara yang cetek dahulu, namun ia telah hilang, sekali gus menjadikan kedua-dua planet ini berbeza,” kata Rench dalam video tersebut.

Persamaan yang boleh dikaitkan antara kedua-dua planet itu adalah penting buat para saintis kerana ia dapat membantu mereka mencari petanda bagi kehidupan zaman purba di Marikh.

“Aktiviti geologi di Marikh ketika tempoh masa itu semakin berkurang, di mana ia kehilangan air dan akhirnya menjadi sebuah planet yang semakin kering.

“Ini berbeza dengan Bumi di mana planet ini terus melalui proses ‘kemajuan’ dengan tektonik plat dan perkembangan kehidupan,” jelasnya.

Selain itu, para saintis turut percaya bahawa unsur air masih wujud di permukaan Marikh pada hari ini namun dalam bentuk ais.

Mereka juga yakin bahawa bahagian bawah tanah bagi permukaan planet itu mempunyai banyak air, namun lebih banyak kajian diperlukan bagi memastikannya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN