fbpx

Komputer riba, wang tunai hilang dikebas rakan serumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Seorang wanita dipercayai mencuri komputer riba dan wang tunai milik dua rakan serumahnya sendiri di Setia Alam dan Seksyen 7, di sini.

Kejadian itu tular di media sosial apabila seorang daripada mangsa mencari suspek yang dikatakan mencuri barangan tersebut.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, pihaknya menerima dua laporan polis mengenai kejadian di lokasi berasingan berkenaan.

Baharudin

Katanya, laporan itu melibatkan dua pengadu wanita masing-masing seorang pelajar dan pegawai hartanah.

“Bagi kes di Seksyen 7, mangsa kehilangan tiga komputer riba jenama Acer manakala di Setia Alam pula dilaporkan satu tablet Samsung, dua komputer riba dan wang tunai berjumlah RM5,000 turut hilang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Baharudin, suspek disyaki memasuki rumah mangsa dengan menggunakan kunci kerana tiada kesan pecah pada pintu.

“Hasil rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) mendakwa suspek adalah rakan serumah pengadu.

“Siasatan lanjut bagaimanapun sedang dijalankan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek supaya menyalurkannya kepada Sarjan Shatish di talian 010-564 3645 atau Sarjan Kaszai 013-978 0282 untuk tindakan lanjut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI