fbpx

Empat negeri dilanda hujan lebat, ribut petir pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan di empat buah negeri yang dijangka akan berlaku sehingga pukul 10 pagi ini.

MetMalaysia melalui hantaran di laman Twitter memaklumkan, negeri terlibat ialah Kedah, Pulau Pinang, Sarawak dan Sabah.

“Di Kedah, hujan lebat beserta ribut petir dijangka akan melanda Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang dan Kuala Muda. Sementara di Pulau Pinang, cuaca sama dijangka berlaku di Barat Daya dan Timur Laut

“Manakala di Sarawak pula, amaran ribut petir turut dikeluarkan dan dijangka melanda Sibu (Selangau), Mukah (Matu, Dalat, dan Mukah) dan Bintulu. Di Sabah pula kawasan yang terjejas ialah Sandakan (Beluran),” katanya di sini tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI