fbpx

United tidak rancang panggil Tuanzebe

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TUANZEBE (kanan) berjaya menjadi tonggak penting Villa ketika ini, namun United tidak merancang untuk memanggilnya pulang ekoran krisis di benteng pertahanan. – AFP

MANCHESTER – Manchester United tidak mempunyai perancangan untuk membawa pulang pemain pertahanan mereka, Axel Tuanzebe yang dipinjamkan ke Aston Villa biarpun mereka berdepan krisis kecederaan pemain di benteng pertahanan.

United mengesahkan bahawa pemain pertahanan mereka, Raphael Varane terpaksa diketepikan untuk tempoh beberapa ming­gu ekoran kecederaan pangkal paha ketika beraksi untuk Perancis pada aksi final Liga Negara-Negara Eropah menentang Sepanyol.

Varane hampir pasti akan terlepas empat aksi bersama United iaitu menentang Leicester malam ini serta tiga lagi aksi menentang Atalanta pada saingan Liga Juara-Juara dan dua aksi Liga Perdana Inggeris menentang Liverpool dan Tottenham Hotspur.

Dalam pada itu, kapten pasukan, Harry Maguire juga terpaksa diketepikan sejak 25 September lalu selepas mengalami kecede­raan betis dan masih belum pulih sepenuhnya setakat ini.

Tuanzebe, 23, sudah beraksi dalam lima daripada sembilan perlawanan melibatkan Villa dan sedang menikmati karier bola sepak bersama pasukan itu apabila berjaya menembusi kesebe­lasan utama.

Sumber memberitahu, Tuanzebe berhasrat untuk terus kekal di Villa Park sehingga kontrak pinjamannya berakhir pada hujung musim dan enggan pulang ke Old Trafford dalam masa terdekat ini.

Situasi yang berlaku ini menyebabkan pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer tidak mempunyai pilihan kecuali menyenaraikan Eric Bailly dan Victor Lindelof selain mempunyai pilihan meletakkan Phil Jones dan pemain muda, Teden Mengi di bangku simpanan.

United tidak memiliki rekod yang baik di benteng pertahanan apabila mereka hanya beraksi tanpa bolos melibatkan satu perlawanan sahaja daripada 18 aksi yang diharungi dan pastinya meletakkan harapan di bahu David De Gea untuk terus mempertahankan gawang mereka. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI