fbpx

Peletakan jawatan Pengerusi TH tiada kaitan isu politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Marzuki (tengah) menyampaikan sumbangan pek makanan kepada seorang penerima asnaf di Bangunan Tabung Haji Kelantan, dekat sini hari ini. /FOTO YATIMIN ABDULLAH

KOTA BHARU – Peletakan jawatan Tan Sri Md. Nor Yusof sebagai pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) yang berkuat kuasa semalam tiada kaitan dengan tekanan politik.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, sebaliknya, proses peletakan jawatan itu adalah perkara biasa dalam sesebuah organisasi.

“Hal ini kerana, setiap menteri baharu (yang menggalas tanggungjawab) mempunyai perancangan tersendiri. Selain itu, menteri juga bertukar dan menjadi satu perkara biasa jika pengurusan atau pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di bawah agensi kerajaan bertukar.

“Ini tiada kaitan dengan politik. Jika wujudnya tekanan, Md. Nor yang dilantik semasa pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sudah ditukar semasa di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan bantuan pek makanan kepada keluarga asnaf yang terkesan akibat Covid-19 di Bangunan Tabung Haji Kelantan, di sini hari ini.

Terdahulu, TH mengumumkan pengerusinya Md. Nor Yusof telah melepaskan jawatannya sebagai berkuat kuasa semalam.

TH dalam kenyataannya berkata, sepanjang menjawat jawatan sebagai Pengerusi, Md. Nor telah memacu usaha-usaha penyusunan semula, perkukuhkan tadbir urus serta kedudukan kewangan TH.

Md. Nor dilantik sebagai Pengerusi TH pada 13 Julai 2018 menggantikan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, yang berkhidmat sebagai Pengerusi TH dari 1 Julai 2013 sehingga akhir Mei 2018. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI