fbpx

Nadhir Nasar jadi kegilaan, disangka adik Beto Kusyairy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DIKATAKAN memiliki wajah seiras, Nadhir dan Beto disangka adik-beradik.

MENJADI tular kerana bakat merupakan satu bentuk rezeki daripada Tuhan.

Mana tidaknya, sejak muncul dengan lakonan hebat dalam drama I-Tanggang, nama pelakon Nadhir Nasar tiba-tiba tular dalam TikTok.

Semuanya gara-gara dia ‘masuk mood’ dengan lontaran dialog untuk watak Syafiq lakonannya dalam drama tersebut.

Disebabkan lakonan hebatnya tular dalam beberapa video, Nadhir mendapat pujian ramai sehingga ada yang membayangkan dia akan menjadi aktor hebat satu hari nanti.

Selain itu, ada juga yang menyangka Nadhir merupakan adik kepada aktor Beto Kusyairy kerana dikatakan memiliki iras wajah hampir serupa.

“Ingatkan adik-beradik, muka hampir sama. Dua-dua pun berbakat besar,” komen seorang netizen.

“Aku baru perasan kenapa ‘sangkut’ pada Nadhir, sebab dulu aku suka Beto,” gurau seorang lagi pengguna TikTok.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI