fbpx

Aliran trafik LPT2 meningkat 65 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan aliran trafik di Lebuh Raya Pantai Timur 2.

PETALING JAYA – Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) mencatatkan peningkatan trafik melebihi 65 peratus menuju ke Pantai Timur semalam.

Pengurus Perniagaan Rantau LPT 2 Sdn Bhd., Suhaimi Samat berkata, peningkatan itu ekoran orang ramai melakukan perjalanan pada cuti hujung minggu.

“Kami mengalu-alukan semua pelanggan lebuh raya untuk singgah di mana-mana Rehat dan Rawat (RnR) untuk berehat selepas perjalanan yang panjang.

“Kami juga menggalakkan pelanggan lebuh raya menyokong rakan peniaga tempatan kami di lima R&R dan empat hentian sebelah di lebuh raya LPT2 dengan membeli produk mereka sebagai hadiah dibawa pulang kepada keluarga dan rakan taulan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Suhaimi berkata, kemudahan awam di R&R seperti stesen minyak, surau dan tandas awam dibuka 24 jam sehari dan mereka yang telah lengkap divaksinasi boleh ‘dine-in’ di R&R LPT2 dan Hentian Sebelah dengan menunjukkan status vaksinasi MySejahtera.

Bagaimanapun, kata beliau, bagi mengelakkan kesesakan di R&R dan memastikan penjarakan fizikal, orang ramai disaran membeli dan membawa pulang makanan yang dibeli.

“Setiap R&R di LPT2 dan kemudahan tempat letak kereta sentiasa dibersihkan dan disanitasi sepenuhnya mengikut jadual yang ditetapkan. Setiap surau mempunyai penanda penjarakan sosial untuk menetapkan peraturan penjarakan satu meter.

“Pelanggan digalakkan membawa sejadah dan telekung masing-masing bagi memastikan kebersihan diri terjamin. Poster pemberitahuan had bilangan jemaah dibenarkan dipasang dengan jelas,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI