fbpx
Lelaki tersebut menjual isterinya kepada pelanggan bermula dengan harga RM295. - Getty

Suami jual tubuh isteri hamil kerana wang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA – Seorang suami dari Sidoarjo, Jawa Timur ditahan selepas menjual isterinya yang sedang hamil kepada lelaki lain menerusi media sosial demi untuk mendapatkan wang, lapor laman Suara.com.

Selain mendapatkan wang, lelaki itu juga berbuat demikian untuk memuaskan fantasi seksualnya.

Biarpun tahu isterinya sedang hamil, lelaki berusia 23 tahun itu tetap menjual tubuh isterinya itu daripada usia kandungannya lima bulan sehinggalah kandungannya kini sudah pun berusia sembilan bulan.

Modus operandi yang digunakan si suami adalah dengan meletakkan foto-foto aksi tidak senonoh menerusi akaun Twitter dan menawarkan layanan kepada pelanggan.

Harga yang ditawarkan juga berbeza-beza, bermula daripada satu juta rupiah (RM295). Sekiranya pelanggan bersetuju dengan harga yang ditawarkan, si isteri akan dihantar ke hotel untuk bertemu pelanggan.

Menurut pihak berkuasa tempatan, lelaki tersebut kemudiannya ditahan ketika mahu menjual isterinya di sebuah hotel di Surabaya.

Sebelum ini, seorang individu lain dari Kediri, Jawa Timur turut ditahan kerana menjual isterinya sebanyak lima kali kepada lelaki lain dengan harga RM295 bagi setiap pertemuan. – AGENSI 

POPULAR