fbpx

SPRM siasat MITRA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka kertas siasatan terhadap aduan berhubung dakwaan penyelewengan dana di bawah agensi Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA).

SPRM dalam kenyataan akhbarnya memaklumkan, pihak tersebut juga telah menerima laporan yang dibuat oleh Pengerusi Pemuda Gen Z berhubung perkara sama di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya hari ini.

“Sehubungan itu, SPRM akan meneliti dan mengkaji laporan yang dikemukakan tersebut,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Dalam pada itu, siasatan menyeluruh akan dibuat dengan melihat pelbagai sudut termasuk proses kelulusan dan perbelanjaan oleh persatuan, individu atau syarikat yang menerima dana terbabit bagi mengesan sebarang bentuk rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI