fbpx

Pembiayaan PKS enam bulan pertama cecah RM154 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Penambah­baikan bagi dana-dana Bank Negara Malaysia (BNM) akan di­umumkan semasa pembentangan Belanjawan 2022 akhir bulan ini.

Gabenor, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata, penambahbaikan terhadap dana tersebut akan dapat membantu perniagaan menguruskan aliran tunai dan membuat penyesuaian apabila ekonomi dibuka semula.

“Meskipun risiko kredit me­ningkat, pembiayaan bank kepada PKS terus berkembang dengan kapasiti tambahan yang disediakan melalui dana-dana BNM dan skim jaminan kredit,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Nor Shamsiah menjelaskan, bagi enam bulan pertama tahun 2021, sejumlah RM154 bilion te­lah dikeluarkan kepada PKS, iaitu empat peratus lebih tinggi daripada jumlah sebelum pandemik.

Gambar hiasan

Sejak bermulanya pandemik, sejumlah RM18 bilion telah di­peruntukkan di bawah dana ini bagi meningkatkan pembiayaan sistem perbankan kepada PKS.

“Pinjaman terkumpul untuk segmen PKS meningkat sebanyak enam peratus berbanding tempoh sama tahun sebelum ini,” ujarnya.

Tambah Nor Shamsiah, usaha juga sedang diambil untuk membangunkan inisiatif pembiayaan hutang-ekuiti dan pembiayaan gabungan bagi membolehkan PKS mendapat akses kepada pelbagai pilihan pembiayaan yang sesuai merentas kitaran pertumbuhan mereka.

“Hal ini penting untuk me­ngurangkan leveraj serta memperkukuh daya tahan dan kapasiti jangka panjang PKS serta mening­katkan sumbangan mereka­ kepada­ ekonomi,” terangnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI