fbpx

Netizen berbalah dengan ‘admin’ KWSP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Laman Facebook rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini ‘meriah’ dengan perdebatan pengguna media sosial berkenaan satu hantaran KWSP berkenaan hutang.

Hantaran yang dibuat pada 11 Oktober itu memaparkan berkenaan perbezaan antara hutang buruk dan hutang baik untuk pengurusan kewangan yang lebih baik.

Bagaimanapun, rata-rata pengguna media sosial tidak bersetuju dengan salah satu ciri-ciri hutang buruk iaitu pinjaman kereta seperti yang dinyatakan dalam hantaran itu.

“Kenderaan sekarang bukan dalam kategori buruk. Itu adalah keperluan yang kita perlukan untuk mencari rezeki dan gunakan sebagai pengangkutan untuk pergerakan ke mana-mana sahaja,” kata Darell.

Hantaran yang dimuat naik KWSP berkenaan hutang pada 11 Oktober lalu.

“Lawak betul KWSP, pinjaman kereta dia kata hutang buruk. Jadi, staff KWSP tidak guna kereta ke?,” soal Rizqi.

“Kenderaan itu keperluan, untuk kerja dan balik kampung. Apa yang hutang buruknya?,” soal lagi seorang pengguna, Syed Nahar.

Bagaimanapun, setiap persoalan yang diajukan itu dibalas oleh pihak pentadbir Facebook KWSP yang menjelaskan bahawa pinjaman kereta boleh menjadi buruk sekiranya pencarum tidak merancang kewangan dengan baik.

“Untuk sesetengah individu, memiliki kenderaan adalah keperluan kepada mereka sekeluarga dapat bergerak dari satu destinasi ke destinasi yang lain.

“Namun, anda perlu lihat pendapatan anda dan harga kenderaan yang dibeli sama ada ia mampu milik atau ia akan menjadi komitmen hutang yang tinggi setiap bulan,” jelasnya.

Penjelasan KWSP itu juga dilihat disokong ramai dan rata-rata pengguna lain turut menasihatkan agar pihak yang mengecam tidak terburu-buru meninggalkan komen. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI