fbpx

Kepantasan LUAS berjaya elak henti tugas LRA Rantau Panjang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kakitangan LUAS sedang meletakkan serbuk karbon teraktif bagi menghalang pencemaran memasuki Sungai Bakau.

SHAH ALAM – Tindakan pantas mengesan pencemaran air Sungai Gong, Rawang dekat sini berjaya mengelakkan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang yang seterusnya boleh menyebabkan gangguan bekalan air di Selangor.

Pengesanan itu dilakukan pukul 11 pagi semalam selepas mendapati terdapat buih dan berbau seakan-akan sabun pada sungai tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli Selangor, Hee Loy Sian berkata, pencemaran itu ekoran insiden kebakaran melibatkan sebuah premis kilang gudang plastik di Sungai Bakau, Rawang.

Katanya, berdasarkan maklumat yang diterima mendapati Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang telah menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran tersebut pukul 3 pagi dengan kerja pemadaman selesai pukul 4 petang.

“Siasatan LUAS mendapati air sisa pemadaman kebakaran tersebut telah memasuki aliran longkang yang berhampiran dan seterusnya ke Sungai Gong.

“LUAS telah mengaktifkan Kod Kuning berdasarkan Manual Kecemasan Pencemaran Sumber Air bagi siasatan secara menyeluruh di kawasan terlibat yang berisiko menyebabkan henti tugas LRA Rantau Panjang,” katanya dalam kenyataan hari ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN