fbpx

PKD Hilir Perak terima notifikasi kes positif perantau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

TELUK INTAN – Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hilir Perak telah menerima notifikasi kes positif dari perantau yang pulang ke kampung halaman semalam.

Kes tersebut merupakan kontak rapat kepada kes positif dari negeri asal di selatan tanah air.

PKD Hilir Perak dalam hantaran pada laman Facebook memberitahu, kes telah mula bergejala selepas beberapa hari ujian dilakukan.

“Ujian calitan yang dilakukan dikesan positif. Maka seluruh anggota keluarga perlu dikuarantin.

“Tolong sampaikan pesanan kepada anak perantau yang bakal pulang ke kampung halaman. Lakukan ujian saliva sebelum pulang,” tulis hantaran tersebut.

Hantaran ini juga bagi memberi peringatan pada anak perantau Hilir Perak dan Bagan Datuk supaya melakukan ujian kendiri serta mengikut pematuhan yang ditetapkan sebelum pulang menziarahi keluarga di kampung.

“Kit kendiri ini tidak mahal berbanding keselamatan keluarga anda di kampung halaman. Jangan jadikan Kepulangan anda satu tragedi.

“Sekiranya positif tangguhkan perjalanan pulang ke kampung dan hubungi pejabat kesihatan daerah berhampiran,” pesan hantaran tersebut. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI