fbpx
Mohd. Said

[KEMASKINI] Pemandu van kes kanak-kanak autisme direman tujuh hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Seorang pemandu van yang terlibat dalam kes kematian seorang kanak-kanak autisme, Nur Kasrena Darwisyah Mohd. Khairul, 8, yang ditemui maut selepas ditinggalkan dalam kenderaan tersebut direman tujuh hari bermula semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim berkata, perintah tahanan reman ke atas lelaki berusia 34 tahun itu dikeluarkan sehingga 18 Oktober depan bagi membantu siasatan.

Semalam pihak polis telah menahan pemandu van susulan laporan polis berhubung kematian kanak-kanak autisme, Nus Kasrena Darwisyah berusia lapan tahun yang maut selepas ditinggalkan selama tiga jam tanpa sengaja oleh suspek di hadapan rumahnya di Taman Nusari Bayu 2, Bandar Sri Sendayan di sini malam tadi.

Siasatan awal mendapati mangsa sepatutnya dihantar ke Pusat Jagaan Harian di Taman Nusari Aman oleh pemandu van tersebut.

Bagaimanapun, pemandu van pulang ke rumah tanpa menyedari mangsa masih berada di dalam kenderaannya dari pukul 2.30 hingga 5.30 petang.

Dalam pada itu, Mohd. Said berkata, urusan berkaitan hasil proses bedah siasat ke atas mangsa diserahkan kepada pihak doktor dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian.

Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Jenazah Nur Kasrena Darwisyah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Sendayan pada pukul 3 petang tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN