fbpx

Saya mohon maaf pada semua – Niezam Zaidi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NIEZAM ZAIDI

PETALING JAYA – Pelakon Niezam Zaidi yang diberkas polis setelah didapati positif dadah jenis THC memohon maaf kepada peminatnya menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya hari ini.

Niezam atau nama lengkapnya Muhamad Niezam Mohd. Zaidi, 29, memohon maaf seandainya ada melakukan kesilapan pada sesiapa sahaja selain meminta maaf kerana tidak dapat membalas komen yang ditinggalkan peminat dan media kepadanya menerusi WhatsApp dan media sosial.

“Assalamualaikum kepada semua. Saya minta maaf jika ada salah dan silap saya pada kalian semua. Saya minta maaf jika tidak dapat membalas satu persatu komen sahabat handai, media dan rakan-rakan seperjuangan melalui DM (Instagram), WhatsApp, panggilan telefon dan sebagainya,” tulisnya.

Ujar pelakon yang pernah membintangi filem Budak Pailang itu lagi, walaupun ditangkap polis atas kesalahan dadah, dia masih bersyukur kerana masih ada insan yang mendoakan dirinya supaya sentiasa berada dalam Rahmat Allah SWT.

“Alhamdulillah, syukur pada Allah SWT atas apa yang terjadi. Jutaan terima kasih juga pada kalian semua yang selalu mendoakan saya selama ini.

“Semoga Allah SWT merahmati kalian,” katanya.

Sehubungan itu, Niezam berkata buat masa ini dia akan menyimpan sebarang komen tentang isu yang terjadi ke atas dirinya dan mendoakan insan yang mendoakan kesejahteraannya sentaisa berada dalam keadaan sihat.

Terdahulu, Kosmo! semalam melaporkan Niezam bersama pengarah Mohd. Latiff Zami, 49 dan penolong pengarah, Saiful Zaidrin Ismail, 47 telah ditahan pihak polis dalam satu serbuan yang dibuat di sebuah inap desa di Kuala Kangsar pada 7.15 pagi.

Dalam serbuan tersebut, pihak polis menjumpai dadah jenis kanabis seberat 1.45 gram dipercayai milik pelakon dan pengarah terbabit.

Pemeriksaan di bilik penolong pengarah pula menjumpai di atas lantai dadah jenis methamphetamine seberat 0.38 gram.

Ketiga-tiga mereka yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Kangsar hari ini mengaku bersalah atas tuduhan memiliki dadah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI