fbpx
Keadaan mayat penunggang motosikal yang ditutupi kain putih selepas maut digilis sebuah trailer

Polis kesan saksi kes penunggang motosikal maut digilis trailer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA SELANGOR – Polis sedang mengesan saksi kemalangan maut melibatkan seorang penunggang motosikal yang digilis sebuah trailer dalam kejadian di Kilometer 48 Jalan Klang – Teluk Intan, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.15 pagi itu, mangsa berusia 20 tahun yang parah di kepala disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha dalam perjalanan ke Klang dari Teluk Intan.

“Ketika memasuki lorong kiri jalan didapati mangsa gagal mengawal motosikalnya lalu bergesel dan jatuh di bawah sebuah treler sebelum digilis.

“Akibat kemalangan tersebut, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat agar menghubungi pegawai penyiasat trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor, Inspektor Norasyikin Roslan di talian 010-2621743 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI