fbpx

‘Juara Piala Dunia’, Malaysia hanya bermimpi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Artikel lama yang kembali dikongsi orang ramai di media sosial ketika ini.

PETALING JAYA – Artikel lama yang pernah dikeluarkan oleh akhbar tempatan berkenaan ‘Malaysia mampu julang Piala Dunia’ kembali hangat di media sosial sejak kebelakangan ini.

Ramai yang melihat keadaan itu tidak mampu dicapai jika dilihat kepada prestasi yang ditunjukkan oleh pasukan kebangsaan ketika ini.

Rata-rata orang ramai menyifatkan pelaburan dan gaji yang tinggi diterima oleh pemain kebangsaan seperti tidak seimbang dengan prestasi yang dipamerkan.

Ada juga yang menyifatkan sukan nombor satu negara itu sepatutnya ditukar dengan sukan-sukan lain yang ternyata Malaysia mampu bersaiang dengan pasukan dunia yang lain.

Antara sukan-sukan berprestasi tinggi yang membawa nama negara di peringkat antarabangsa antaranya badminton dan hoki perlu diambil serius oleh kerajaan.

“Tengok kepada pencapaian pasukan badminton masa piala Sudirman walaupun bariskan pemain muda, kiat mampu kalahkan pemain nombor satu dunia, malah dapat nombor tiga lagi.

“Piala Uber yang kita tengok pun ternyata pemain kita mampu bersaing, jadi pasukan bola sepak kita di mana, masih macam tu lagi,” jelas Azmli_HMJ.

“Masa program pembangunan bola sepak oleh pengendali dulu, Lim Teong Kim nampak juga hasilnya. Tapi campur politik pula masalahnya.

“Kata bayar mahal untuk pengendali lah apa lah, cuba lihat kejayaan di depan hari dulu. Ni lah kalau dah campur politik dalam sukan,” jelas Fakri Nazim. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI