PUTRAJAYA – Negara merekodkan sebanyak 7,276 kes baharu positif Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah kes di seluruh negara sebanyak 2,353,579 kes.
Data tersebut dikongsikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah pada hantaran Facebook di sini hari ini.
“Maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman CovidNow https://covidnow.moh.gov.my
“Data setiap hari bagi laman CovidNow adalah dikemas kini sekali gus selepas tengah malam,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE