KLUANG – Seorang penunggang motosikal maut selepas terbabit dalam kemalangan dengan tiga lagi kenderaan lain di Kilometer 61.4 Lebuh Raya Utara Selatan arah Utara malam semalam.
Kejadian yang berlaku pada pukul 8.10 malam itu menyebabkan Mohd. Azuan Ismail, 42, maut serta merta di lokasi kejadian.
Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Abd. Rahim Razali berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Johor menerima panggilan kecemasan kebakaran motosikal melalui talian MERS999.
Menurutnya, sebuah jentera FRT daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam kekuatan keseluruhan seramai sembilan anggota telah dihantar ke tempat kejadian.
“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian didapati benar berlaku kebakaran sebuah motosikal jenis Yamaha Y15 telah terbakar 96 peratus akibat daripada kemalangan dengan beberapa kenderaan.
“Kemalangan yang berlaku melibatkan dua buah motosikal iaitu jenis Yamaha Y15 dan Yamaha RXZ serta dua buah kereta iaitu kereta Perodua Viva dan kereta Perodua Bezza,”katanya ketika dihubungi di sini hari ini.-K! ONLINE