PUTRAJAYA – Sedikit melegakan apabila kes harian negara terus menurun dengan 6,709 kes dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 2,346,303 kes.
Angka terbaharu itu dikongsikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah pada media sosialnya di sini hari ini.
“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman CovidNow https://covidnow.moh.gov.my
“Data setiap hari bagi laman CovidNow adalah dikemas kini sekali gus selepas tengah malam,” katanya pada hantaran Facebook beliau di sini hari ini. -K! ONLINE