fbpx

Britney Spears tangguh dulu karier nyanyian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BRITNEY SPEARS

BINTANG terkenal Britney Spears dikhabarkan belum bersedia untuk kembali aktif dalam bidang seni suara kerana masih dihantui trauma atas kontroversi bersama bapanya selama bertahun-tahun.

Perasaan tersebut terbawa-bawa penyanyi yang mendapat julukan ‘Puteri Pop’ itu apabila pernah berjanji untuk tidak akan kembali menyanyi jika bapanya masih bertindak sebagai konservatornya.

Bagaimanapun, menerusi temu bual bersama sebuah stesen radio baru-baru ini, penyanyi berusia 39 tahun itu memberitahu bahawa dia kini lebih tertarik untuk menceburi dunia perfileman.

Bahkan, penyanyi itu juga menyuarakan minatnya untuk menjadi seorang pengarah filem selepas seronok bergelar pengarah dalam sebuah pembikinan video tentang dirinya sendiri.

“Saya berasa seperti menjadi haiwan yang dikurung selama bertahun-tahun.

“Jadi, sebab itu itulah sebab saya memilih untuk mengarahkan diri sendiri,” ujarnya.

Biarpun tidak memberikan sebarang kata putus, Spears memberitahu dia ingin berehat daripada karier muziknya buat sementara waktu dan memberi tumpuan untuk diri sendiri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI