fbpx

Tiga ditahan susulan video tular dua beranak diserang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar video tular yang menunjukkan sebuah jengkaut melanggar kenderaan pacuan empat roda berikutan pertengkaran membabitkan sekumpulan individu dan dua beranak di kebun kelapa sawit di Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Labu Kubong, Teluk Intan baru-baru ini.

TELUK INTAN – Tiga lelaki ditahan bagi membantu siasatan rakaman video tular sebuah jengkaut merempuh kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger dinaiki dua beranak di kebun kelapa sawit dekat Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Labu Kubong di sini Rabu lalu.

Lelaki berusia 47 tahun dan dua lelaki berusia 28 tahun itu ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak pada pukul 4.05 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, kejadian itu bermula selepas suspek tidak berpuas hati dengan mangsa berusia 24 tahun kerana mengorek jalan di tepi kebunnya untuk dijadikan parit sebagai laluan air.

Katanya, mangsa memberitahu suspek yang laluan itu dibuat kerana kawasan tersebut telah dinaiki air tambahan lagi ia berada dalam kawasan kebunnya yang seluas 1.8 hektar.

“Semasa mangsa dan bapanya tiba di kebun mereka pada pukul 2.30 petang, Rabu lalu, kedua-duanya mendapati laluan yang digali pada sebelah pagi telah ditimbus oleh suspek dan beberapa individu lain.

“Mangsa dan bapanya telah menjelaskan kepada suspek tujuan laluan berkenaan digali, namun lelaki itu tidak berpuas hati sehingga menyebabkan pertengkaran mulut sebelum dia bertindak menampar leher mangsa.

“Pada masa sama, jengkaut yang digunakan untuk menimbus laluan itu telah melanggar kereta Ford Ranger milik bapa mangsa sehingga kenderaan itu mengalami kerosakan sebelum pemandunya turun dan mengejar bapa mangsa menggunakan tukul besi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. -K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI