fbpx

Semak kadar vaksinasi sekolah menerusi ciri baharu Covidnow

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Ibu bapa kini boleh menyemak kadar vaksinasi murid bagi sekolah anak masing-masing menerusi ciri baharu yang diperkenalkan laman sesawang Covidnow, bermula hari ini.

Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, semakan boleh dibuat melalui pautan https://covidnow.moh.gov.my/school.

“Alhamdulillah, hari ini Kementerian Kesihatan (KKM) melancarkan ciri baharu mengenai perincian vaksinasi bagi peringkat sekolah di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) dalam laman sesawang Covidnow.

“Melalui ciri baharu ini, ibu bapa atau penjaga boleh membuat semakan mengenai kadar vaksinasi murid bagi sekolah anak masing-masing. Usaha ini dapat menyediakan maklumat telus kepada masyarakat, khususnya ibu bapa dan penjaga,” katanya menerusi satu entri di Facebook hari ini.

Radzi berkata, KPM dan KKM telah mengadakan perbincangan bagi meneliti pendekatan terbaik untuk menyediakan maklumat berkaitan status pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Remaja.

Katanya, KPM sentiasa bekerjasama rapat dengan KKM dalam pelaksanaan program vaksinasi kepada remaja berumur 12 hingga 17 tahun, atau PICK Remaja yang telah bermula pada awal September lalu.

“KPM juga memantau rapi pelaksanaan PICK Remaja, khususnya bagi murid sekolah bawah KPM. Sehingga kini, hampir 80 peratus murid berumur 12 hingga 17 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin,” katanya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI