SHAH ALAM – Tindakan sebuah kilang melebur skrap aluminium beroperasi tanpa kelulusan Laporan Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling (EIA) membawa padah apabila diserbu pihak berkuasa di Semenyih, semalam.
Kilang tersebut yang diserbu pukul 9.30 pagi itu juga didapati tidak memasang alat kawalan pencemaran udara.
Pengarah Jabatan Alam Sekirar (JAS) Selangor, Nor Aziah Jaafar berkata, serbuan dilakukan hasil maklumat dan risikan pihaknya sejak minggu lalu terhadap aktiviti kilang tersebut.
Menurutnya, pihaknya juga telah mengeluarkan Notis Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) dibawah Seksyen 38(1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 bagi memastikan tindakan pembaikan diambil segera oleh pihak kilang.
“Siasatan awal mendapati premis tersebut menjalankan aktiviti melebur skrap aluminium tanpa mendapatkan kelulusan laporan EIA dengan kesalahan mengikut Seksyen 34A(2)Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974.
“Pemeriksaan turut mendapati kilang berkenaan tidak memasang alat kawalan pencemaran udara,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini. – K! ONLINE.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929











