fbpx

Kasut sukan Michael Jordan bakal dilelong RM6 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kasut ini dipakai Jordan ketika tahun pertamanya bergelar pemain profesional NBA. - Sotheby's

LONDON – Sepasang kasut sukan milik legenda bola keranjang, Michael Jordan yang dipakai ketika musim pertamanya sebagai pemain profesional pada 1984 bakal dilelong pada harga mencecah AS$1.5 juta (RM6.3 juta), lapor agensi berita United Press International kelmarin.

Kasut berwarna merah dan putih dikenali sebagai Nike Air Ships itu merupakan kasut biasa pertama keluaran jenama itu untuk Jordan.

Kasut tersebut dipakai ketika perlawanan dan ditandatangani oleh Jordan serta merupakan kasut terawal yang dipakai oleh bintang bola keranjang itu pada 1984 dan 1985.

Tahun tersebut merupakan musim biasa pertama Jordan dalam Persatuan Bola Keranjang Nasional (NBA) dengan kumpulan Chicago Bulls.

Firma lelongan Sotheby’s menjangkakan kasut itu dapat memecahkan rekod jualan kasut sukan yang pernah dilelong sebelum ini iaitu Nike Air Jordan I 1985 yang terjual pada harga AS$615,000 (RM2.5 juta).

Bagi setiap musim perlawanan sejak 1985, Nike mengeluarkan versi baharu bagi siri Air Jordan biarpun bintang legenda itu tidak lagi bermain.

Model terbaharu dalam siri tersebut adalah Nike Jordan XXXVI yang dilancarkan Ogos lalu. – AGENSI 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI