PETALING JAYA – Ibu bapa kini boleh mengakses tahap peratusan vaksinasi sekolah anak-anak bermula hari ini.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar melalui ciapan di Twitternya berkata, peralihan kepada endemik memerlukan ketelusan demi memperkasakan semua lapisan masayarakat.
“Hari ini, Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Kesihatan (KKM) melancarkan ciri Pencarian Sekolah di laman CovidNow.
“Ibu, bapa kini boleh mendapatkan data vaksinasi di peringkat sekolah anak-anak anda yang merangkumi peratus kakitangan serta murid-murid yang sudah divaksin melalui pautan di https://covidnow.moh.gov.my/school,” katanya hari ini.

Tambah Khairy, beliau berharap agar usaha tersebut mampu memberi keyakinan kepada ibu dan bapa menghantar anak-anak ke sekolah termasuklah tenaga pengajar untuk kembali ke sekolah.
Walaubagaimanapun, katanya, hanya sekolah yang berdaftar di bawah KPM sahaja disenaraikan namun bagi sekolah persendirian boleh berbuat demikian dengan memaklumkan kepada pihak KPM.
“Setakat ini, sekolah-sekolah yang disenaraikan hanya yang berada di bawah pegurusan pihak KPM sahaja, namun sekolah-sekolah persendirian boleh e-mel kepada [email protected] dengan subjek ‘COVIDNOW Inclusion’ untuk disenaraikan,” ujarnya. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929














