fbpx
ANGGOTA APMM melakukan pemeriksaan terhadap nelayan dalam operasi bersepadu antara APMM dan AADK di perairan Rompin di Rompin.

Alasan hilangkan tekanan, 15 nelayan ditahan positif dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUANTAN – Menghilangkan tekanan ketika berada di laut dan menambahkan tenaga.

Itu antara alasan yang diberi nelayan yang didapati positif dadah dalam operasi dilakukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di perairan Kuantan dan Rompin semalam.

Dalam operasi itu seramai 15 nelayan termasuk lapan nelayan asing yang berumur 20 hingga 46 tahun ditahan kerana didapati positif dadah jenis syabu.

Pengarah APMM Pahang, Laksamana Pertama Maritim Datuk Amran Daud berkata, dalam operasi bersama oleh APMM dan AADK itu seramai 71 nelayan asing dan tempatan selain lapan kru warga asing kapal pengangkut pasir diperiksa.

“Daripada jumlah itu seramai lapan nelayan asing dan tujuh nelayan tempatan berusia antara 20 hingga 46 tahun didapati positif dadah jenis methamphetamine selepas ujian saringan air kencing dilakukan.

“Kesemua nelayan tempatan ditahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagihan Dadah (Rawatan Dan Pemulihan) 1983 pindaan 1988 dan diserahkan kepada pihak AADK untuk siasatan lanjut manakala nelayan asing yang positif dadah diserahkan kepada pegawai penyiasat APMM untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Amran, berdasarkan temu bual terhadap suspek mendapati kebanyakkan mereka memberi alasan mengambil dadah untuk menghilangkan rasa tekanan ketika berada di tengah laut dan juga untuk membantu memberikan tenaga tambahan. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN