fbpx

Buat ujian Covid-19 sebelum pulang ke kampung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berucap ketika sidang media khas yang disiarkan secara langsung sebentar tadi.

PUTRAJAYA – Orang ramai yang akan melakukan aktiviti rentas negeri termasuk pulang ke kampung halaman bermula esok dinasihati melakukan ujian Covid-19 kendiri sebelum memulakan perjalanan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mereka yang bergejala seperti demam, batuk, selsema dan sesak nafas pula dinasihati menangguhkan dahulu perjalanan mereka.

“Kita sama-sama melindungi diri dan keluarga. Ramai mahu pulang ke kampung bertemu ibu bapa, tetapi kita yang bertanggungjawab menjaga keselamatan keluarga kita di kampung, jadi kawalan kendiri perlu dilaksanakan.

“Sebagai contoh jika kita mengalami simptom demam, selesema, batuk dan sebagainya baik tangguh pulang untuk berjumpa keluarga,” katanya pada sidang media khas di sini hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI