fbpx

Berbaki 0.3 peratus sebelum rentas negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Hanya berbaki 0.3 peratus lagi sebelum sasaran untuk mencapai 90 peratus populasi dewasa di negara ini lengkap divaksinasi.

Berdasarkan data yang dikeluarkan di portal CovidNow sehingga pukul 11.59 semalam, Malaysia mencatat 89.7 peratus populasi dewasa atau seramai 21,003,074 orang sudah lengkap menerima dos vaksinasi.

Menurut portal itu lagi, sebanyak 94.7 peratus atau 22,176,018 individu dewasa pula sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Selain itu, sejumlah 83,443 dos suntikan vaksin diberikan semalam bagi golongan dewasa membabitkan 8,236 suntikan dos pertama, manakala 75,207 lagi dos kedua.

Secara keseluruhan, jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 43,067,793 setakat semalam.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI