fbpx

Lima negeri belum capai peratusan rentas negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
gambar hiasan

PETALING JAYA- Lima negeri dilaporkan belum mencatatkan sebanyak 80 peratus populasi dewasa lengkap divaksin dimana angka itu merupakan indikator utama sebelum kebenaran rentas negeri seluruh negara diumumkan kelak.

Berdasarkan data yang dikongsikan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), negeri dibawah paras 80 peratus itu antaranya Pahang, Kedah, Perak, Kelantan dan Sabah.

“Pahang mencatatkan sebanyak 79.8 peratus individu dewasa lengkap divaksin manakala Kedah (78.9 peratus), Perak (78.5 peratus), Kelantan (73.2 peratus) dan Sabah (64.1 peratus).

“Bagi negeri lain pula, peratusan populasi dewasa lengkap divaksin ialah Negeri Sembilan (98.6 peratus), Perlis (93.2 peratus), Sarawak (89.7 peratus), Melaka (89.2 peratus) dan Pulau Pinang (88.4 peratus),” katanya.

Sementara itu, Johor dan Terengganu pula masing-masing mencatatkan sebanyak 86.6 peratus.

Kesemua angka tersebut dilaporkan oleh JKJAV setakat semalam.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kebenaran merentas negeri yang akan diumumkan dalam tempoh beberapa hari lagi berkuat kuasa serentak di seluruh negara.

Perdana Menteri berkata, kebenaran serentak itu berikutan kebanyakan negeri dijangka mencapai kadar vaksinasi populasi dewasa 80 peratus, apabila purata vaksinasi individu berusia 18 tahun ke atas di seluruh negara mencapai 90 peratus.

Sehubungan itu, beliau meminta rakyat bersabar sementara menunggu kadar vaksinasi negara mencapai 90 peratus dan akan mengumumkan kebenaran rentas negeri dalam tempoh terdekat.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI