fbpx

‘Bujang, duda atau milik orang?’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIGA lelaki popular berlainan status, Zizan, Fizo dan Remy yang tersenarai menjadi dambaan netizen ketika ini.

JIKA anda diberi pilihan memilih pasangan hidup, lelaki bujang, duda atau sudah dimiliki orang?

Tular dalam aplikasi TikTok baru-baru ini apabila terdapat netizen menyunting sebuah video memaparkan beberapa selebriti lelaki popular dan dikategorikan mengikut status.

Lucunya, video tersebut turut disunting dengan potongan lagu Bujang Duda dendangan penyanyi Indonesia Della Puspita yang berbunyi begini:

Yang bujang memang menawan

Kalau yang duda sungguh menggoda

Tetapi yang milik orang

Katanya lebih menantang (mencabar)…

Antara selebriti lelaki yang tersenarai ialah Syafiq Kyle dan Zizan Razak bagi kategori bujang, manakala Sharnaaz Ahmad serta Fizo Omar pula sebagai bapa tunggal.

Tidak ketinggalan ialah kategori lelaki yang sudah dimiliki orang iaitu Saharul Ridzwan dan Remy Ishak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI