fbpx

Suu Balm Kids solusi masalah kulit gatal si manja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ISU kulit sensitif, kering dan kegatalan merupakan satu cabaran yang sukar dihadapi baik oleh orang dewasa, apatah lagi buat golongan kanak-kanak.

Disebabkan pelbagai halangan dan ketidakmampuan anak kecil untuk menyatakan masalah mereka, golongan ibu bapa serta penjaga perlulah sentiasa prihatin dan peka terhadap kondisi kulit anak-anak, seterusnya mencari solusi bersesuaian.

Antara produk yang boleh membantu menyelesaikan masalah kulit sensitif ialah Suu Balm, yang diformulasikan oleh pakar perunding dermatologi berpengalaman, Dr. Tey Hong Liang.

Diformulasikan di National Skin Centre, Singapura, Suu Balm turut mengeluarkan rangkaian produk lengkap untuk anak kecil, yang terdiri daripada produk mandian badan dan krim sapuan yang boleh memberi kelegaan jangka panjang.

Suu Balm Kids Dual Soothing & Moisturising Head To Toe Wash dan Suu Balm Kids Dual Rapid Itch Relieving & Restoring Ceramide Moisturiser boleh digunakan tanpa rasa was-was kerana kedua-duanya memiliki status halal dan juga sesuai untuk bayi.

Suu Balm Kids Ceramide Moisturiser memberi kelegaan pantas daripada rasa gatal.

Suu Balm dalam satu kenyataan yang dikeluarkan berkata, rangkaian produk kanak-kanak keluarannya sesuai digunakan untuk masalah kulit sensitif, kering, kegatalan, gigitan nyamuk dan ruam.

Jelasnya, langkah pertama untuk mengatasi masalah kulit sensitif ialah dengan mandian menggunakan pembersih Suu Balm Kids, yang tidak mengandungi sebarang sabun, pewangi atau paraben dan bersifat lembut pada kulit.

“Ia memiliki pH 5.5 yang sesuai untuk kulit sensitif, serta mengandungi bahan pelembap lima kali lebih tinggi berbanding pembersih biasa.

“Langkah kedua ialah menggunakan Suu Balm Kids Ceramide Moisturiser, yang menambah baik kelembapan dan pemulihan kulit, selain memberi kelegaan pantas daripada rasa gatal dengan menthol supaya si manja berhenti menggaru.

“Menthol bertindak sebagai ejen penyejuk yang menyejukkan saraf pada kulit, seterusnya menghalang penghantaran rasa gatal ke otak. Sementara bahan ceramide memberi kelembapan pada kulit,” katanya.

Produk Suu Balm boleh didapati menerusi kedai dalam talian rasmi Suu Balm iaitu www.suubalm.com.my atau di farmasi terpilih seperti Watson, Caring dan yang berdekatan dengan anda. – K! ONLINE

 

Tips penjagaan kulit sensitif

  • Elakkan penggunaan air panas ketika mandi, gunakan air suam.
  • Jangan mandi terlalu lama (air boleh menjadi penyebab kulit kering, itu sebabnya penggunaan bahan pembersih dengan pelembap penting).
  • Gunakan pembersih yang bersifat lembut pada kulit dan elakkan penggunaan sabun, pewangi dan paraben.
  • Pakai pelembap sekerap yang boleh (sehingga lima kali sehari).
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI