fbpx

‘Tolong cari motosikal arwah ini’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Inilah motosikal Honda EX5 milik arwah Mohamad Faizal yang hilang dalam kejadian aliran puing di Yan baru-baru ini.

GURUN – Seorang wanita me­rayu kepada orang ramai membantunya bagi mencari moto­sikal jenis Honda EX5 milik arwah suami­nya yang dihanyutkan dalam kejadian aliran puing dari Gunung Jerai di Yan dekat sini pada 18 Ogos lalu.

Nornazliatul Aqilah Nazri, 26, berkata, motosikal itu menyimpan seribu satu kenangan bersama arwah Mohamad Faizal Mohd. Zohir, 28.

“Mayat suami ditemui pada hari kedua operasi mencari dan menyelamat sejauh lima kilo­meter di muara Sungai Udang, Yan.

“Puas kami cari motosikal itu, namun gagal menemuinya. Ia merupakan hadiah perkahwinan daripada keluarga dan menjadi pengangkutan utama kami di awal perkongsian hidup,” katanya ketika ditemui di Kampung Batu 2, Jalan Gurun Jeniang dekat sini semalam.

Tambahnya, dia sanggup memberikan sagu hati kepada sesiapa yang menemui motosikal itu sama ada dalam bentuk asal mahupun telah rosak.

Mereka mempunyai dua anak iaitu Muhammad Aqif Umair, 1, dan Muhammad Aqil Uwais, 5.

Dalam kejadian itu, seramai enam individu terkorban akibat lemas selepas dilanda aliran ­puing yang turut mengakibatkan banjir lumpur.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI