fbpx

Tentera jilat tangan pekerja kedai vape ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan seorang lelaki berpakaian seragam tentera didakwa menjilat tangan seorang pekerja wanita di Taman Keramat, dekat sini kelmarin.

AMPANG – Seorang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang didakwa menjilat tangan seorang pekerja wanita di sebuah kedai vape di Taman Keramat sudah ditahan di sebuah rumah di Taman Setiawangsa, dekat sini tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, lelaki berusia 26 tahun itu diberkas pukul 12.30 tengah malam oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Ampang Jaya.

“Polis turut merampas kelengkapan uniform yang dipercayai dipakai suspek semasa kejadian.

“Ujian saringan air kencing terhadap suspek juga telah dibuat dan keputusannya adalah negatif dadah,” ujarnya dalam kenyataan sebentar tadi.

Menurutnya, permohonan reman terhadap suspek telah dibuat dan dibenarkan selama empat hari sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan.

“Semakan mendapati suspek bertugas di Cawangan Tentera Darat, Kem Batu Kentonmen, Kuala Lumpur dan telah berkhidmat dengan ATM selama tujuh tahun.

“Siasatan lanjut berkenaan kes berkenaan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana cabul,” ujarnya.

Berita berkaitan: Wanita trauma, tangan dijilat abang askar

Terdahulu, seorang pekerja wanita sebuah kedai vape di Taman Keramat di sini, trauma selepas tangannya dijilat seorang lelaki berpakaian seragam tentera dalam satu kejadian pada tengah hari kelmarin.

Dalam kejadian pukul 1 tengah hari itu, suspek didakwa telah mengambil kesempatan dengan memegang dan menjilat tangan pekerja wanita berusia 18 tahun tersebut ketika mahu menukar dan menghisap pod vape. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI