fbpx
Sawalludin membuat gimik simbolik penyerahan sumbangan kotak makanan menerusi Program MAFI Prihatin kepada petugas barisan hadapan yang diterima Ayob Khan (kanan) di LLP Jalan Pandan, Johor Bahru hari ini.

Surat layang, kongsi maklumat di WhatsApp bantu banteras jenayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Maklumat awam yang disalurkan oleh penduduk setempat menerusi aplikasi WhatsApp dan surat layang secara terus kepadanya membawa kepada kejayaan polis membanteras pelbagai kegiatan jenayah.

Ketua Polis, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, beliau tidak kisah nombor peribadinya diketahui ramai selain dihujani mesej yang dihantar oleh individu tak dikenali dengan pelbagai maklumat dan pemerhatian terhadap aktiviti yang berlaku di sekeliling mereka.

Katanya, setiap maklumat yang diterima itu akan diselidik dan diberi perhatian sebelum tindakan diambil menerusi ketua polis daerah termasuk mengadakan intipan dan serbuan.

“Saya tak kisah berkongsi nombor telefon di media sosial kerana dari situlah saya dapat banyak maklumat. Ada yang tak suka kongsi tak suka buat begitu kerana mengganggu privasi, tapi bagi saya itu bukan masalah besar.

“Sebagai contoh, dua hari lalu seorang indvidu menghantar mesej beritahu ada sebuah kelab malam di kawasan Johor Bahru Selatan yang berbuat bising hingga mengganggu ketenteraman.

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan, terdapat kelab malam sedang beroperasi dan seramai 26 pengunjung sedang berhibur. Kompaun sebanyak RM150,000 dikenakan kerana langgar prosedur operasi standard ( SOP),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi dialog Program Mengukuh Integriti dan Menangani Rasuah Dalam Penjawat Awam di Lembaga Pertuduhan Peladang (LPP) Negeri Johor, Jalan Pandan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ayob Khan memberitahu, surat layang yang diterimanya pula berkait dengan salah laku ketua polis daerah juga pernah diterimanya sebelum ini.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI