fbpx
Nurshahida merayu sumbangan orang ramai untuk membantunya ketika ditemui di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Suami meninggal, isteri ada kanser darah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Malang menimpa seorang wanita apabila bukan sahaja menghidap kanser darah, malah kehila­ngan suami dan bapa tercinta selang sebulan akibat wabak Covid-19.

Nurshahida Yusof, 34, kini hilang tempat bergantung dalam menghadapi cabaran meneruskan kehidupan bersama anak tunggalnya yang kini berusia tujuh tahun.

Kata beliau, hidupnya agak terumbang-ambing ketika ini.

“Arwah suami, Samsul Nizam Mohamed Nawawi, 37, merupakan tempat saya me­ngadu kasih, masalah dan sebagainya, kini semua itu telah tiada lagi. Bagaimanapun, saya terpaksa kuat demi membesarkan anak tunggal kami.

“Ayah, Yusof Ramli (65 tahun) adalah hero saya. Tanpa­nya, seakan tidak bermakna lagi, semuanya yang berlaku seperti dalam mimpi,” katanya kepada Kosmo! di sini baru-baru ini.

Tambahnya, arwah suami me­ninggal dunia pada Ogos lalu sebelum bapanya pula menghadap Ilahi selang sebulan kemudian kerana Covid-19.

Menurut Nurshahida, kehidupan bertambah sukar apabila dia pula menghidap kanser darah sejak setahun lalu dan terpaksa menjadi ketua ke­luarga dengan mengharap gaji sebagai guru di sebuah tadika.

“Gaji bulanan tidak cukup untuk menampung perbelanjaan harian dan segala macam bil. Ada juga pihak-pihak yang datang membantu,” ujarnya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank Nurshahida 164762062961.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI